eBOOK




Judul EBook:
FRESHWATER LOBSTER (CRAYFISH) IN AQUAPONIC

Dalam bentuk DVD - versi ENG
 
Satu set mengandungi 4 jilid iaitu:
Jilid 1 - Aquaponik
Jilid 2 - Lobster Air Tawar
Jilid 3 - CLAW System
Jilid 4 - Making Money from Aquaponic & Lobsters

Harga per jilid cuma rm25.

Offer: Beli 4 jilid sekaligus hanya rm80 sahaja.
 
Cara pembelian:
1. Bank in ke MAYBANK 1540 4474 8444 (Effendy Halily)
2. Whatsapp kan bukti pembayaran, nama penuh, alamat
    & ebook versi BM/ENG ke 011-1139-2243.

Penghantaran pada Isnin/Selasa setiap minggu.

Penghantaran adalah percuma.


===== ARTIKEL TENTANG LOBSTER AIR TAWAR =====

Pengenalan
Spesis Lobster Air Tawar yang diternak ini adalah dari jenis Cherax Quadricarinatus. Lobster Air Tawar ini dikatakan berasal dari Queeensland Australia. Terdapat juga beberapa spesis lain yang berasal dari Benua Amerika & Benua Eropah. Kebanyakannya yang diternak di Malaysia berasal dari Australia. 

Lobster Air Tawar merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama, sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja. Ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangannya. Di pasaran, harga rata-rata bagi yang bersaiz 5-6 inci ialah RM60-80 sekilogram, dan dikatakan pernah mencapai RM200 sekilogram di musim perayaan. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati dengan harga yang berpatutan  dan menguntungkan.

Udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH7.2-8.2. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 4-8 inci.

Bagaimanapun, ada juga spesis Blue Cherax Quadrinatus ataupun Blue Red Claw; oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, peminat lat jenis ini di seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium.
Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 1.5-2 kaki x 1 kaki yang boleh menempatkan sepasang udang kara matang.

Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Bahantara (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut.

Kebanyakan udang kara ini mempunyai ketahanan lapar yang agak tinggi apabila sumber makanan menjadi terhad. Karnivorisme atau memakan sesama sendiri sering akan berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan).

Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri.

Suhu air yang sesuai ialah antara 26 hingga 32 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda tenggelam yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium. Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air.

Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian dan mineral bagi proses tumbesaran semula cangkerang.

Proses pembiakan berlaku apabila undang kara mencapai saiz antara 3-4 inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40-60 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur; bergantung kepada saiz induk betina. Induk mampu bertelur 3-4 kali setahun.

Kelebihan Menternak Lobster Air Tawar:1. Hanya perlukan air tawar. Penggunaan air sedikit dlm 3-6 inci.
2. Penggunaan elektrik yang minima.
3. Kos makanan murah berbanding ternakan air lain.
4. Kurang persaingan di pasaran.
5. Tidak memerlukan ruang yang besar.
6. Cepat membiak & penternak tidak perlu beli benih lagi.
7. Tahan lasak. Boleh berada tanpa air 12-18 jam.
8. Penyelenggaraan minimum.
9. Pembiakan pada kadar yang tinggi.


Cara Menternak
Menternak Lobster (udang kara air tawar) amat mudah. Ini kerana Lobster mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan. Lobster air tawar ini boleh hidup dalam air tanpa pam udara, bergantung kepada kedalaman air.

Lobster boleh diternak/dipelihara dalam beberapa cara :
a. Sebagai Perhiasan (pemeliharaan didalam akuarium)
b. Ternakan dalam kolam kanvas
c. Ternakan dalam kolam simen
d. Ternakan dalam kolam tanah
e. Ternakan dalam tangki fiber

Air
Air paip tanpa klorin boleh digunakan. Lobster memerlukan bacaan pH air sekitar 7.2-8.2, suhu pada julat 26-32 darjah celcius serta kadar ammonia 0. Air hendaklah sentiasa dijaga dengan baik.

Makanan
Lobster merupakan sejenis haiwan omnivor yang memakan daging dan tumbuhan. Segala makanan yang tenggelam boleh dijadikan santapan lobster.

Penjagaan Benih Lobster
Lobster yang sarat bertelur disarankan agar diasingkan ke wad bersalin. Benih Lobster memerlukan lebih kurang 2-3 bulan untuk membesar, hingga mampu menjadi induk utk pembiakan.

 

No comments:

Post a Comment